Bantuan tunai kepada rakyat dimulakan ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan jenama Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M

Pada Tahun 2018, BR1M dijenamakan kepada Bantuan Sara Hidup BSH dibawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2020, BSH dievolusi kepada Jenama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibawah pentadbiran Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Mahiaddin Yassin.



Pada Ogos 2021, Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjenamakan BPN kepada Bantuan Keluarga Malaysia atau dikenali sebagai BKM.


BKM terus berevolusi kepada jenama baru yang dikenali Bantuan Tunai Rakyat pada Disember 2021 dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Fasa 1 terdiri dari bantuan isirumah B40 dan bujang berjumlah masing-masing RM300 dan RM100.

Tidak ketinggalan juga bantuan persekolahan RN150 kepada semua murid sekolah bantuan penuh kerajaan.

Kesemua bantuan ini diawalkan kepada Januari berbanding jadual asal Mac 2023.

Perkara itu diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 yang lalu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sejarah bantuan wang tunai kepada rakyat Malaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares