Perbezaan antara alat elektrik jenis penyongsang dan bukan penyongsang


Membeli penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk serta lampu kalimantang ada pilihan teknologi samada jenis konvensional tanpa penyongsang atau penyongsang.



Untuk lampu kalimantang menggunakan pemacu elektronik juga teknologi penyongsang.

Berpandukan harga jenis penyongsang agak tinggi sedikit sekitar 20% lebih mahal berbanding jenis konvensional.

Peralatan menggunakan motor seperti pemampat hawa dingin, peti sejuk dan mesin basuh menggunakan elektrik tinggi semasa fasa permulaan.


Arus elektrik lebih kurang 20% lebih tinggi untuk fasa permulaan menggerakkan motor menggunakan pemacu kapasitor konvensional.

Dengan penggunaan alat elektronik penyongsang arus permulaan dapat dikurangkan sebanyak 20%-50% berbanding tanpa penyongsang.

Dengan ini bil bulanan elektrik dapat dijimatkan dengan berkesan.

Beza penjimatan sekitar RM5-RM10 sebulan.

Alatan jenis penyongsang biasanya lebih senyap dan tempoh hayat peralatan berteknologi penyongsang lebih lama.

Tempoh jaminan untuk alat pemampat penyongsang biasanya sekitat 10-12 tahun. Berbanding jenis tanpa penyongsang biasanya diberikan jaminan sehingga 5 tahun sahaja

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa benda hawa dingin peti ais dan mesin basuh penyongsang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares