Kisah ini memang kejadian benar yang berlaku pada tahun 1972. Ketika itu Malaysia berkecamuk antara usaha membina negara dan ancaman ideologi komunis.

Kisah ini penting untuk generasi baru rakyat Malaysia supaya menghargai perjuangan anggota keselamatan yang sanggup mencagar nyawa mereka demi membebaskan negara dari ancaman merbahaya kepada kehidupan rakyat.

Kini 2023, kisah pada tahun 1972 yang berlaku dengan begitu pantas dan tak mungkin dapat dilupakan oleh Koperal (B) Mustafa Bin Johari.

Rakan Koperal (B) Mustafa Bin Johari, prebet 25188 Abu Bakar terburai perut terkena tembakan pihak komunis PARAKU
(Pasukan Rakyat Kalimantan Utara). Sarawak dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Serangan hendap oleh Komunis PARAKU. keatas kedudukan pasukan keselamatan berlaku pada 9:20 pagi 27/8/1972 di Rumah Jabang, Song, Sarawak.

Tulisan diari Koperal (B) Mustafa Bin Johari

Dalam kejadian itu Koperal (B)
Mustafa Bin Johari mengalami kecederaan yang teruk di kaki kiri (buku lali pecah).

Akibat dari kejadian itu kaki Koperal (B) Mustafa Bin Johari pendek 2½ inci dan mengalami kecederaan kekal sebanyak 30%.

Begitulah namanya perjuangan demi kesejahteraan anak-anak Malaysia 40 tahun kemudian.

Cacat anggota, terkorban adalah senario pasukan keselamatan Malaysia samada Tentera atau Polis demi keamanan negara Malaysia.

Kisah ini hasil perkongsian oleh anak Koperal (B) Mustafa Bin Johari di Facebook

Berikut serba sedikit pengenalan Koperal (B) Mustafa Bin Johari

No badan : 13707
7.7.1958 – 6.7.1980 : 22 tahun Rejimen Askar Melayu DiRaja
Lahir : 1938 – 2014 (76 tahun)

Koperal (B) Mustafa Bin Johari meninggal dunia pada 8.2.2014.

Untuk makluman Komunis Pasukan Rakyat Kalimantan Utara@ PARAKU telah dibubarkan pada 1990.

Sumber https://www.facebook.com/groups/malaysiakuduludulu/permalink/866344014025872/?mibextid=Nif5oz

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah Askar Melayu berjuang menentang Komunis Paraku Sarawak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares