MASJID menjadi tempat ibadah bagi umat Islam.

Masjid tidak semestinya perlu ada kubah. Jika dapat mengumandangkan azan samada tanpa pembesar suara atau sebaliknya, maka telah dianggap telah tertegak masjid dikawasan berkenaan.

Maklumat pada tahun 2020 menyenaraikan 7 buah negara dikatakan tidak memiliki masjid ternyata tidak tepat.

Semakan terkini mendapati telah ada perubahan yang perlu kepada pembetulan fakta.


1. Monako
Monako ini termasuk negara terkecil di dunia. Sebuah negara kota berdaulat, yang terletak di Côte d’Azur di Eropa Barat.

Semakan semasa Januari 2023 mendapati masih tiada masjid di Monako.

Agama rasmi Monako adalah Katolik Roma, dengan kebebasan beragama lain yang dijamin oleh perlembagaan.

Di negara ini ada lima gereja paroki Katolik Roma di Monako dan satu Katedral, di mana merupakan tempat kedudukan uskup agung di Monako. Umat Kristian dianut oleh 83.2 persen penduduk Monako.



Umat Islam sangat kecil bilangannya di Monako. Untuk itu bagi muslim yang ingin mendirikan solat, ia hanya boleh diadakan di kediaman masing-masing.

Jika ingin ke masjid, mereka harus ke luar dari wilayah Monako, paling dekat adalah negara Perancis.

2. Vatikan
Negara terkecil di dunia ini juga tidak memiliki masjid. Majoriti rakyat Vatikan beragama Kristian Katolik.

Negara Vatikan tidak membenarkan pembinaan masjid. Jadi bagi umat Islam yang ingin pergi ke masjid, perlu keluar dan mengunjungi negara tetangga iaitu Itali.



3. Uruguay
Maklumat terkini Uruguay sudah terdapat sekurang-kurangnya 3 masjid untuk kemudahan umat Islam.

4. Sao Tome and Príncipe

Negara ini terdiri dari 2 pulau berada di Samudra Atlantik barat Afrika. Bahasa yang digunakan di negara kepulauan ini ialah bahasa Portugis.

Carian Januari 2023 mendapati telah ada berdiri sejak 2011 sekurang-kurangnya sebuah masjid di negara bekas jajahan Portugal ini. Ini bermakna bergema laungan azan 5 kali sehari.

Negara ini yang merdeka dari Portugal pada 12 Julai 1975, 95 peratus penduduknya menganut agama Kristian.

5. San Marino

San Marino adalah salah satu negara terkecil di dunia, dikelilingi oleh negara Itali, dan dikatakan sebagai republik tertua di dunia yang masih hidup. Di negara ini juga tidak akan ditemui masjid mahupun surau.

San Marino merupakan negara terkecil kelima di dunia dan dikelilingi oleh Itali.

Umat Islam sangat sedikit dan mereka akan bertandang ke masjid di Itali untuk mengerjakan solat berjamaah.

6. Estonia

Negara ini terletak di timur laut Eropah dan bersempadan dengan Laut Baltik, Swedia dan Rusia.

Estonia merupakan salah satu negara Eropah dengan populasi muslim terkecil.

Sebenarnya telah wujud masjid di Estonia seawal 2011.

Umat Islam lazimnya mendatangi Pusat Kebudayaan Islam Turath di ibu kota Estonia, Tallinn untuk menunaikan ibadah termasuk salat berjamaah.

7. Slovakia

Slovakia yang merupakan negara pegunungan yang terkurung daratan di Eropa Tengah. Bersempadan dengan Poland di utara, Hungary di selatan, Ukraine di timur, Austria di barat daya, dan Republik Ceko di barat.

Ramai mengatakan tiada masjid di Slovakia adalah fakta salah.

Masjid di Slovakia
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pembetulan fakta 7 negara tiada Masjid " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares