Secara umumnya, tumbuhan ini adalah tumbuhan yang menjalar di tanah namun kadang-kala dilihat hidup melingkari pohon lain. Sebahagian besar tumbuhan kadupul terdapat di hutan hujan tropika di Sri lanka.


Apa yang unik mengenai bunga ini adalah ia hanya mekar pada jam 10 atau 11 malam, dan hanya tempoh selama 2 jam sahaja. Ketika mekar, ia mengeluarkan bau yang tersangat wangi dan kemudian layu.
Walaubagaimanapun, bunga ini sangat sukar untuk dijual kerana selepas dipotong, ia hanya dapat bertahan hidup selama beberapa jam, sebelum layu.
Ia mempunyai beberapa nama lain di negara berlainan, seperti “Queen of the night”, “Flower of The Moon” dan “Flower from The Heaven”.
Dan alasan mengapa harganya tidak ternilai adalah ia tersangat jarang ditemui dan sukar untuk dijualbeli kerana masalah tidak dapat bertahan lama.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Orkid Kadupul - terlalu mahal hinggakan tidak dapat nilai sebenar " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.