Telor, minyak masak dan Santan merupakan tiga barang yang dijual dengan iklan kolesterol rendah atau 50% kolesterol atau bebas kolesterol.

Musykil sebab kolesterol terbahagi kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat.

Paling menyedihkan apabila industri berlumba mengeluarkan produk tanpa kolesterol. Secara umumnya industri membuat andaian membuang semua kolesterol dari produk mereka kerana bimbang pengguna kena sakit jantung.

Permulaan terjadinya anggapan kolesterol merbahaya dan menyebabkan penyakit jantung adalah dari hanya seorang saintis Amerika; Ancel Keys dengan Hipotesis Diet-Heart (1956). Hipotesis ini menjadi asas kepada industri membuang semua kolesterol dalam telor, minyak masak dan santan.

Menariknya ialah TIADA walau pun satu kajian sains yang telah membuktikan bahawa makan kolesterol semulajadi(HDL) membawa kepada penyakit jantung koronari,strok dan sebagainya.

Akhir- akhir ini sudah banyak penemuan sains membuktikan kolesterol semulajadi ubat amat penting untuk kesihatan.

Kenapa ubat semulajadi ini dibuang menjadi persoalan.

Pengguna perlu membezakan antara kolesterol semulajadi dan kolesterol sintetik.

(Visited 555 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Industri sudah pening buang Kolesterol baik dari produk keluaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares