
Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri
Perak seperti yang dinyatakan di bawah:-
KETERANGAN
1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-
http://www.spa.gov.my
2. Pemohon-pemohon perlu memilih jawatan seperti berikut semasa mengisi borang
permohonan :-
– Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 (SPA Perak)
– Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 (SPA Perak)
– Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (SPA Perak)
– Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 (SPA Perak)
– Pengawas Hutan Gred G19 (SPA Perak)
– Juruteknik Komputer Gred FT19 (SPA Perak)
– Pembantu Kemahiran Gred H19 (SPA Perak)
(Panduan untuk pemohon : Di Menu Jawatan Yang Dimohon sila pilih Lantikan Kontrak/Tetap
(Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas)
3. Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses .
Tempoh iklan mulai 9 Februari 2023 hingga 22 Februari 2023.
4. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada ;
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan
( u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615
5. Tarikh Tutup Permohonan pada 22 Februari 2023 (Rabu) jam 11.59 malam.
Butiran penuh disini
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 7 Kerja Kosong Kerajaan Negeri Perak " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.