Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2023. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.



Penglihatan – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap Tidak rabun warna.

Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.


SYARAT FIZIKAL

Tinggi:
Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
Berat Badan Minima Lelaki 49kg Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25


KELAYAKAN AKADEMIK

SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,696.02]


DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM2,026.07]



CARA MEMOHON
IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH

Klik Disini


Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).

Log masuk ke bahagian pemohon. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.


* Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.


* Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

* Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.


* Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM No Tel : 03-40170100 / 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat Masa : 9.00pg – 4.00ptg

(Visited 921 times, 11 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kerjaya dan Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares