Tangga gaji : Gaji Pokok dan Elaun Tetap Bulanan = RM12,976.00
Taraf jawatan : Kontrak
Tarikh Tutup:31 Mac 2023
Tanggungjawab:
Setiausaha bertanggungjawab terhadap keseluruhan pentadbiran SUHAKAM termasuk memastikan hala tuju SUHAKAM selaras dengan dasar dan Pelan Strategik yang diputuskan oleh Suruhanjaya, memantau dan menyelaras semua program dan aktiviti SUHAKAM dalam mempromosi dan melindungi Hak Asasi Manusia di Malaysia, selaras dengan mandat yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
Kelayakan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau Ijazah Sarjana, sebaik-baiknya dalam Pengurusan, Pentadbiran, Kewangan atau mana-mana kelayakan lain yang setaraf dengan mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya.
Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran dan Kewangan.
Mempunyai kepakaran dalam penulisan laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, serta fasih dalam kedua-dua bahasa.
Keupayaan dan kepakaran dalam menyediakan kepimpinan profesional dan bimbingan dalam hal berkaitan kerja.
Tahap profesionalisme dan kepakaran yang tinggi dalam bidang hak asasi manusia.
Memiliki kepakaran dalam perancangan dan pengurusan kewangan dan bajet mengikut pekeliling perbendaharaan Kerajaan Malaysia.
Cara Memohon
Calon dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan (resume) dengan memberikan resume lengkap/ curriculum vitae, salinan sijil akademik, salinan Kad Pengenalan, sekurang-kurangnya satu (1) surat rujukan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 31 Mac 2023 (Jumaat) kepada:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Aras 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Laman Web : www.suhakam.org.my
(Perhatian Kepada: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul surat. Hanya mereka yang menyerahkan CV mereka dengan sijil berkaitan akan dipertimbangkan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Setiausaha SUHAKAM (Ketua Pegawai Eksekutif ) – Gred VU7 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.