Jawatan Pembanci di Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Tutup 31 Mei 2023 (Rabu) jam 4:31 Petang


IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP – PEMBANCI
DI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG (ICU JPM)



Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM) ingin mempelawa calon- calon yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP seperti butiran berikut:

JAWATAN: PEMBANCI (BANCIAN DI LAPANGAN)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

TARAF JAWATAN: KONTRAK

KADAR UPAH: RM1,700.00 SEBULAN

CARUMAN: KWSP DAN PERKESO

SYARAT LANTIKAN

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON:
1) Lengkapkan Borang permohonan ICU/PPNPP/PEMBANCI-19/2023

Borang diSINI



2) Sila kemukakan borang permohonan beserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan , salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat yang berikut:

PENGARAH
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM)
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 6, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
(U.P.: SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT)
atau
alamat emel:
hafiz.zamri@ppg.icu.gov.my

Borang permohonan lengkap perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu), sebelum jam 4:30 petang ke alamat emel tersebut atau dihantar secara manual ke alamat seperti di atas dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Pembanci di Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top