This post has already been read 506 times!
Gula yang dimaksudkan adalah hasil diperah atau ekstrak dari buah asli. Contoh gula dari tembikai, mangga, tebu dan buah lain.
Makan buah manis secara asli tidak memudaratkan kesihatan. Yang menjadikan bermasalah kepada kesihatan ialah gula dikeluarkan dari buah dan membuang bahan lain seperti serat buah.
Gula pasir dan sirap fruktosa jagung sangat merbahaya kepada kesihatan. Kenapa para peniaga tidak pedulikan kesihatan pengguna, terus tidak hirau kesan akibat mencampurkan gula didalam masakan mereka.
1. Gemuk atau obesiti
Minuman manis bersoda dan jus perahan buah sarat dengan fruktosa, sejenis gula ringkas tanpa fiber.
Makan buah manis mesti bersama isinya bukan air jus semata-mata.
Tanda-tanda pengambilan fruktosa berlebihan anda akan cepat rasa lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak makanan manis.
2. Risiko penyakit jantung
Makan banyak gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah menyumbang penyakit jantung.
3. Obesiti sering terjadi disebabkan pengambilan terlalu banyak gula, merupakan punca paling kuat untuk mengalami masalah kesihatan kencing manis.
Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin( pintu sel terkunci menyebabkan gula tidak dalat masuk ke dalam ruang pembakaran sel) –
Insulin ialah hormon yang dihasilkan pankreas untuk membuka pintu sel. Masalah timbul apabila pintu sel rosak tidak boleh dibuka.
Ini menyebabkan gula tinggi didalam darah menyumbang kepada tekan darah tinggi, penyumbatan arteri dan kerosakan buah pinggang.
Pintu sel rosak akibat kadar gula terlalu tinggi dalam darah menyebabkan kerja buka dan tutup terlalu kerap sehingga mendatangkan kerosakan.
4. Meningkatkan risiko kanser
Mengambil gula dengan berlebihan turut meningkatkan untuk mendapat kanser.
Obesiti, keradangan dalam tubuh dan rintangan insulin penyebab meningkatkan risiko kanser.
5. Risiko kemurungan meningkat
Berlawanan dengan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi, diet tinggi gula tambahan dan makanan diproses seperti kek, makanan segera dan minuman bergula boleh meningkatkan kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita.
6. Cepat kehabisan tenaga
Kesan pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga. Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap – dikenali sebagai sugar crush.
Kesannya anda akan lebih kerap mengantuk.
7) Percepatkan proses penuaan kulit
Advanced glycation end products (AGEs) – sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara gula dan protein dalam tubuh, dipercayai penyumbang kepada penuaan kulit.
Diet tinggi karbohidrat dan gula bertapis membawa kepada penghasilan AGE, menyebabkan kulit menua lebih awal.
AGE merosakkan kolagen dan elastin – protein yang membantu menganjalkan dan mengekalkan keremajaan kulit.
8) Meningkatkan asid uric dalam badan menyebabkan mudah kena sakit gout
9) Penyakit Hati berlemak
Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak. Ini kerana fruktosa hanya dicernakan oleh hati.
Di dalam hati, fruktosa ditukar kepada tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jumlah glikogen berlebihan akan bertukar menjadi lemak.
Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) – keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati.
10) Menyebabkan penurunan kepintaran atau kecergasan otak
Gula pasir dan sirap fruktosa jagung menyebabkan keradangan sistem otak terutama kanser otak dan nyanyuk
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.