Jawatan PENGAWAL KESELAMATAN Negeri Perak

This post has already been read 48 times!

Tarikh Tutup Permohonan :
31 Mei 2023 (Rabu)


Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah:-



1.0 (a) Jawatan: PENGAWAL KESELAMATAN

.(b) Jabatan: KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM


2.0 Gaji Gred KP11

GAJI MINIMUM: RM1,205.00

GAJI MAKSIMUM: RM2,939.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM80.00

3.0 Syarat Lantikan :-
3.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); dan
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan

3.2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :-
Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 3.1(C)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca Juga   Temuduga terbuka Pegawai Transit Prasarana Berhad

4.0 Taraf Jawatan :
Kontrak / Tetap


KETERANGAN
1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-
http://www.spa.gov.my

2. Pemohon-pemohon perlu memilih jawatan seperti berikut semasa mengisi borang permohonan :-
PENGAWAL KESELAMATAN KP11


(Panduan untuk pemohon : Pada Menu Jawatan Yang Dimohon sila pilih Lantikan Kontrak/Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas)


3. Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses . Tempoh iklan mulai 18 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.

4. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada ;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan
( u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

5. Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Mei 2023 (RABU) jam 11.59 malam.

Iklan penuh diSINI

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.