Kucing terselamat nahas pesawat Elmina Kulit Oyen terkoyak 14cm, kaki depan terkehel

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Seekor kucing yang diberi nama oyen terselamat kejadian nahas pesawat di Elmina pada 17/8/2023. Oyen mengalami kecederaan kulit terkoyak sepanjang 14cm dan sendi kaki depan terseliuh.

Oyen kini dalam jagaan Klinik Haiwan Zul Erwan selepas diselamatkan pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari kejadian.

Menurut Dr Zul Erwan, kucing malang itu mengalami luka di bahagian kiri badan selain kulit terkoyak lebih kurang 14 sentimeter (cm) di bahagian rusuk.

Oyen kini stabil aktif dan berselera makan dibawah pengawasan Klinik Dr Haiwan Zul Erwan.

“Oyen mengalami luka bahagian kiri badan, kulit terkoyak lebih kurang 14cm di bahagian rusuk. “Tangan kanan Oyen juga tempang (weight bearing lameness) mungkin terseliuh akibat terkejut dan tindak balas melompat untuk menyelamatkan diri semasa kejadian,” terang Dr Zul Erwan.

Oyen, seekor kucing jantan yang dipercayai berada di sekitar kawasan tragedi. Ia kemudiannya diselamatkan oleh pihak kementerian kesihatan semasa misi menyelamat ditempat kejadian.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Kucing terselamat nahas pesawat Elmina Kulit Oyen terkoyak 14cm, kaki depan terkehel ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top