This post has already been read 2929 times!

20% atau 6 juta rakyat Negara kita mengalami penyakit kencing manis. Ianya angka sangat tinggi sehingga berada ditangga ke-2 Asia. Kencing manis merosakkan buah pinggang, jantung, otak, paru paru dan organ badan yang lain secara tidak disedari. Maka penting untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan segera membetulkan diet sebelum terlambat.


Jika anda mengalami 1 atau lebih  tanda dibawah maka berhentilah minuman manis, semua tepung dan nasi. Berdalih kepada barli, sayur, protein, beras quinoa atau beras rendah G.i. Amat penting mempelajari ilmu pemakanan sihat jika ingin pulih kencing manis. Ubatan hospital untuk mengawal bukan menyembuh kencing manis.

1: Kerap membuang air kecil
Adakah kerap kencing tanda kencing manis? Ya, keadaan kerap membuang air kecil ini dikenali sebagai poliuria. 
Antara salah satu tanda kencing manis peringkat awal yang sering berlaku ialah kerap membuang air kecil. 
Ini berlaku apabila buah pinggang anda tidak dapat memproses jumlah glukosa yang tinggi dalam badan.
Oleh itu, buah pinggang menyingkirkan sebahagian daripadanya melalui air kencing. 



2: Kerap rasa dahaga
Sering dahaga tanda diabetes.
Salah satu tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah kekerapan berasa dahaga lebih daripada biasa. 
Apabila anda kerap membuang air kecil, secara automatiknya tubuh badan akan mengalami dehidrasi dan menyebabkan anda dahaga. 
Selain itu, apabila gula dalam darah anda berada pada paras yang terlalu tinggi, ia juga boleh menyebabkan anda berasa dahaga dengan lebih kerap. 
Anda juga kurang berasa puas walaupun setelah minum banyak air.


3: Kerap rasa lapar
Sel-sel tubuh akan menggunakan glukosa sebagai ‘makanan’ atau sumber tenaga untuk mereka kekal berfungsi dengan baik. 
Namun, apabila sistem ini telah musnah disebabkan kesan kencing manis, maka sel tubuh tidak lagi dapat menyerap glukosa daripada darah.
Kesannya, tubuh badan anda akan mencari sumber tenaga lain yang kemudiannya menyebabkan anda berasa lapar.
Oleh sebab itu, jika anda kerap berasa lapar melebihi keadaan biasa, ia mungkin tanda kencing manis tinggi gula. 
Tanda kencing manis tinggi gula

4: Tompok gelap pada kulit
Tanda kencing manis pada kulit yang menunjukkan bahawa anda mengalami kencing manis ialah kewujudan tompok gelap pada kulit anda. 

Baca Juga   Risiko kesihatan makan Daging Burger: Daging Proses Bukan Daging Segar

Ia lebih kerap berlaku di kawasan sekitar leher, ketiak dan di celah kelangkang. 
Selain itu, kulit juga akan menjadi lebih tebal daripada biasa. 
Punca yang menyebabkan kewujudan tompok hitam ini adalah kerana keadaan insulin yang berlebihan dalam darah.


5: Luka lambat sembuh
Jika luka anda kerap kali mengambil masa yang terlalu lama untuk sembuh, ia juga adalah tanda awal kencing manis. 
Salah satu sebab mengapa luka lambat sembuh adalah kerana salur darah anda. Disebabkan itu, akan muncul tanda kencing manis pada kaki seperti luka lambat pulih.
Paras gula darah yang tinggi akan menyempitkan salur darah, sekali gus memperlahankan aliran darah. 
Ini akan menyebabkan kawasan luka tersebut terhalang daripada mendapat oksigen dan nutrien untuk kembali sembuh.
Selain itu, paras gula darah yang tinggi dalam tempoh yang lama juga boleh merencatkan sistem imun tubuh. 
Disebabkan itu, tubuh badan anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk melawan jangkitan pada luka tersebut.
Gejala kencing manis yang ramai sangka biasa.


6: Masalah pengelihatan kabur
Tanda lain yang  menandakan bahawa anda mempunyai kencing manis ialah gangguan penglihatan.
Penglihatan anda mungkin akan kabur disebabkan kencing manis. 
Apabila gula darah terlalu tinggi, ia juga boleh merosakkan salur-salur darah kecil yang terdapat pada mata anda. 
Akibatnya, cecair pada mata akan meresap masuk ke dalam lensa atau kanta mata dan menyebabkan penglihatan mula kabur.

 
7. Alami sakit saraf
Sakit saraf tanda diabetes.
Apabila anda mengalami diabetes dalam tempoh yang agak lama, ia juga boleh menjejaskan atau merosakkan saraf anda. 
Keadaan ini dikenali sebagai neuropati diabetes yang juga merupakan tanda kencing manis saraf.
Apabila saraf anda itu mengalami kerosakan akibat kencing manis, tubuh badan anda mungkin akan kerap berasa kebas atau kesemutan
Antara kawasan yang mungkin sering berasa kebas adalah seperti di kawasan jari tangan dan jari kaki

Penafian
Baca Juga   Apa petua untuk dapat otak genius

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay