Akhbar Beijing News mendedahka lori tangki bahan api digunakan untuk mengangkut minyak masak, tanpa lori tangki dibersihkan. Dalam laporan itu, seorang wartawan menyamar menemu bual seorang pemandu lori mengangkut bahan api dari Ningxia, sebuah wilayah di barat China, ke bandar pantai timur Qinhuangdao di Hebei, perjalanan sejauh lebih 800 batu (1,290km).

Pemandu lori memberitahu wartawan dia tidak dibenarkan pulang dengan kenderaan kosong, dan kemudiannya memandu ke kemudahan di bahagian lain Hebei untuk memuatkan hampir 32 tan minyak kacang soya, tanpa membersihkan lori tangki terlebih dahulu.

Beberapa lori tangki lain yang dipaparkan dalam artikel itu membuat perjalanan yang sama.

Skandal itu telah membabitkan beberapa syarikat utama China termasuk syarikat minyak dan bijirin milik kerajaan Sinograin dan Hopefull Grain and Oil Group, sebuah konglomerat swasta.

Kedua-dua syarikat berkata mereka sedang menyiasat dakwaan itu. Minggu ini pejabat suruhanjaya keselamatan makanan di bawah Majlis Negara China berkata ia sedang menyiasat dakwaan itu dan bahawa “individu yang didapati melanggar undang-undang melalui penggunaan lori tangki yang tidak wajar akan berdepan hukuman berat”.

Peraturan China nyatakan bahawa lori tangki yang berasingan harus digunakan untuk mengangkut minyak masak dan bahan api.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada