Home Blog Page 21

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Perkhidmatan Rakyat Sabah

0

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:14 MEI 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan, untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah seperti berikut:

Nama Jawatan:
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Klasifikasi :Sistem Maklumat

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Taraf Jawatan: Kontrak 2 tahun

Bilangan Kekosongan: 1

Tempat Kekosongan: Kota Kinabalu

Jadual Gaji: qGred F29 RM1,493.00 -RM5,672.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. mempunyai sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaj i Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
4. diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaj i Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00).
5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.



Deskripsi Tugas :
1. Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengurus sistem sedia ada memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem, menganalisa data dan sistem dan memberikan latihan serta bantuanteknikal kepada pihak pengguna.

2. Merancang, memasang dan memantau perisian dan perkakasan untuk memenuhi keperluan teknologi maklumat keseluruhan. Menyelia keselamatan maklumat serta melaksanakan teknologi baharu mengikut keperluan.Bertanggungjawab melaksanakan program dan
aktiviti, menyediakan laporan serta penilaian program;

3. Bertanggungjawab melaksanakan program dan aktiviti, menyediakan laporan serta penilaian program.

4. Bertanggungjawab menyediakan bahan promosi, melaksanakan promosi program, menghasilkan videografi dan nota-nota taklimat
serta pameran.


Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web:

mpms.sabah.org.my/content/iklan-jawatan-kosong


Sila hantar borang permohonan jawatan ke:

admin@mpms.org.my
Untuk maklumat lanjut:
mpms.sabah.org.my

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian:
088 223 424 atau +6010 288 3424

Jawatan Jururawat Pusat Hemodialisis FELDA

0

TARIKH TUTUP :19 MEI 2023

PELUANG KERJAYA
Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 23 tahun bagi jawatan seperti berikut:

PUSAT HEMODIALISIS FELDA
JURURAWAT TERLATIH

SYARAT KELAYAKAN :
(i) Diploma/Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf;
(ii) Mempunyai Sijil Pos Basik Perawatan Renal dan
berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia;
(iii) Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan masih sah.



Link Permohonan: Borang Jururawat Borang permohonan diSINI


YAYASAN FELDA
BLOK J, ANJUNG FELDA,
JALAN MAKTAB, 54000 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2693 4224


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke:
nurularjuna.a@felda.net.my / yayasan@felda.net.my

Jawatan Pembantu Pengimbas Dokumen Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

0

“Pengambilan segera”

TEMUDUGA TERBUKA
Jawatan: Pembantu Pengimbas Dokumen
Taraf: Sambilan

GAJI KASAR RM1500

• Warganegara Malaysia (berumur 18 – 45 tahun)
• Kelulusan SPM/SPMV & ke atas
• Boleh bekerja lebih masa
• Kemasukan : Segera

Lokasi bekerja:
1) Ibusawat Telekom, Taman Tun Dr Ismail

2) Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Bukit Bintang, KL


Lokasi Temuduga: PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Jalan Chan Sow Lin 50554 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 019-575 6541 (Azwan) 03-9236 6995 (Ain) 03-9236 6888 (pejabat)

Atau email: recruitment@printnasional.com.my

Layari lama web kami di www.printnasional.com.my

Jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan

0

Tarikh Akhir serah borang 30 Mei 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan).

Jawatan : Pembantu Tadbir
Kewangan
Gred : W19
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan: 1

Gaji Minimum – RM1,353.00
Gaji Maksimum RM4,005.00
Kenaikan Tahunan: RM 100.00


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin.7/91.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan beserta gambar berukuran passport.

Bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir ibu/bapa yang diakui sah yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tarikh permohonan ialah pada 15 Mei 2023 sehingga 30 Mei 2023

JAWATAN KOSONG
Eksekutif Kanan Syarikat Menteri Besar Di Perbadankan

0

Penempatan: Jabatan Setiausaha Syarikat Menteri Besar Selangor diPerbadankan

Tarikh Tutup 19 Mei 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Menteri Besar Selangor diPerbadankan seperti berikut;

EKSEKUTIF KANAN, JABATAN SETIAUSAHA SYARIKAT

Ringkasan Tugasan:
• Membantu memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI dan Ahli Jawatankuasa MBI dan menyimpan rekod/dokumen berkanun Kumpulan MBL.

• Membantu memastikan piawaian pematuhan yang tinggi berdasarkan kepada penambahbaikan terkini Malaysian Code On Corporate Governance 2021 (“MCCG 2017”), perubahan dalam kerangka undang-undang dan peraturan serta amalan terbaik.

• Pelaksanaan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah mengikut masa yang ditetapkan dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah termasuk menyediakan draf agenda, menghadiri, memastikan kelancaran dan keberkesanan mesyuarat, merekodkan prosiding dan keputusan mesyuarat serta memastikan draf minit mesyuarat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

• Membantu memastikan agar pengeluaran jawapan kepada Soalan Dewan Undangan Negeri Selangor pada masa yang ditetapkan.


Syarat Kelayakan:

•Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf (keutamaan diberikan kepada bidang Pentadbiran Korporat).

• Setiausaha Syarikat Berlesen seperti yang termaktub di bawah Seksyen 235(2), Akta Syarikat 2016.

•Berpengalaman sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat.


Resume Permohonan boleh dihantar melalui e-mel ke alamat

recruitment.hr@mbiselangor.com.my sebelum 19 Mei 2023.

Hanya calon-calon yang layak selepas disenerai pendek sahaja akan dihubungi selepas sesi temuduga.