Gaduh kerana cemburu awek bonceng motosikal lelaki lain

Gaduh kerana cemburu awek bonceng motosikal lelaki lain

 

PASIR SALAK – Gara-gara cemburu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dibelasah di sebuah gerai kosong bersebelahan Stadium Mini Bola Sepak Kampung Gajah, di sini Selasa minggu lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang yang tular di media sosial itu memaparkan tujuh lelaki telah memukul dan menendang mangsa sambil dirakam salah seorang suspek.

 

Video bertajuk ‘Kes buli dan pukul budak beramai-ramai di Kg Gajah Perak’ itu menunjukkan mangsa tidak membalas pukulan suspek menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian perut akibat ditendang semasa kejadian.

See also  Halau Lipas Dalam Kereta Dengan Guna 3 Bahan IniGuna 3 jenis bahan je? Mudahnya!

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menahan 10 remaja berusia 13 hingga 18 tahun termasuk seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan pada Selasa.

 

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan mangsa menunggang motosikal sambil dibonceng remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek berusia 13 tahun.

See also  {{VIDEO}} Kejar 8km Polis berjaya tangkap pengedar Pil Kuda

 

“Keadaan itu telah menimbulkan kemarahan dan cemburu terhadap mangsa sehingga berlaku pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

 

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan selepas kejadian.

“Tiada kesan kecederaan atau kesan lebam pada badan mangsa. Mangsa menyatakan tidak dipukul menggunakan apa-apa objek semasa kejadian.

 

“Tujuh pakaian yang dipakai suspek berdasarkan rakaman video terbabit serta telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian telah dirampas,” katanya.

See also  KUCING dan Rahsia rezeki melimpah-ruah

 

Anuar berkata, kesemua suspek termasuk mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gaduh kerana cemburu awek bonceng motosikal lelaki lain " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370170
Users Today : 1933
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14351
Users Last 30 days : 65576
Users This Month : 59188
Users This Year : 370169
Total Users : 370170
Views Today : 2674
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21444
Views Last 30 days : 101054
Views This Month : 91221
Views This Year : 570287
Total views : 570288
Who's Online : 26
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares