Rakaman Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis

Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki yang dirakam bertengkar dengan seorang wanita pada Sabtu lalu, selepas klip video berdurasi 49 saat tersebut tular di halaman Facebook.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki terbabit bertengkar dengan wanita tersebut sambil memegang sebatang kayu dan memegang telefon bimbit di telinga kononnya sedang menghubungi pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pengadu membuat laporan sekitar jam 11 pagi pada Rabu mendakwa video berkenaan disebarkan untuk memalukan dan memfitnah dirinya di media sosial.

See also  Polis tahan enam lelaki terbabit pergaduhan

“Pengadu telah menegur seorang wanita warga tempatan yang dilihat membawa anjingnya dan membuang najis di kebun kecil yang terletak terletak di sebelah rumah pengadu.

“Perempuan ini tidak berpuas hati apabila ditegur dan telah membuat rakaman video pengadu sedang melakukan provokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

See also  [Video] 10 individu tukar balik ekzos ‘perang’

Menurut Basri, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998.

Dalam pada itu, menurut Basri, wanita tersebut yang mendakwa dirinya diugut dalam kejadian berkenaan turut membuat satu laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998.

“Saksi awam yang membuat penularan video ini dikehendaki hadir ke Balai Polis berhampiran untuk memberi keterangan,” ujar beliau.

See also  [VIDEO]Buang Kucing Anjing boleh dihukum penjara

19 Aug 2021

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

Video media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370460
Users Today : 2223
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14641
Users Last 30 days : 65866
Users This Month : 59478
Users This Year : 370459
Total Users : 370460
Views Today : 3081
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21851
Views Last 30 days : 101461
Views This Month : 91628
Views This Year : 570694
Total views : 570695
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares