This post has already been read 307 times!
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Columbia Asia Hospital, rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding di negara maju, dengan purata umur 58.6 tahun berbanding antara 63.4 hingga 68 tahun di kebanyakan negara maju.
Laporan itu juga menekankan bahawa serangan jantung tidak hanya terhad kepada orang tua dan orang dewasa muda juga berisiko.
Mengejutkan didapati banyak kes serangan jantung melibatkan golongan remaja dari kategori B40.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penyakit jantung mempunyai pelbagai faktor risiko, termasuk keradangan tinggi, tekanan darah, diabetes, obesiti, gaya hidup tidak aktif, tekanan dan pemakanan tidak sihat.
Amat penting rakyat Malaysia memahami pemakanan sihat dan penyakit metabolik .
Pemakanan di Malaysia tidak boleh lari dari penggunaan gula dalam masakan. Sambal tumis, kuah kari,sup, tomyam juga dicampur dengan bahan merbahaya itu.
Permulaan kepada sakit jantung seperti gejala gatal badan, sinus, sakit sendi, gastrik dan saraf.
Kajian terkini mendapati 90% rakyat mengalami masalah usus bocor (leakygut). Gejala yang dinyatakan diatas adalah berpunca dari masalah usus bocor.
Maka sewajarnya kesihatan usus dijaga serapi mungkin untuk menghindari dari terkena penyakit metabolik tanpa ubat.
Rakyat mesti belajar masak sendiri dengan menu sihat dan mengelakkan dari mengambil makanan bergula termasuk gula tersembunyi dan karbohidrat proses seperti tepung.
Hampir semua masakan dikedai merbahaya kepada kesihatan kerana penggunaan gula,lemak trans dan perasa yang tidak diketahui asal usulnya.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.