Ular sawa kenyang telan kambing 65 kilogram

“Ular tersebut akan diserahkan kepada Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh selepas dibenarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

ALOR GAJAH: Penternak kambing terkejut apabila mendapati kambing yang dijadikan baka ternakan seberat 65 kilogram ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Ali Saad, 60, yang dibantu anak saudaranya, Azmi Zakaria, 39, menemukan reptilia tersebut dalam keadaan kekenyangan dan melingkar berhampiran pagar kandang ternakannya.

Menurut Ali, ketika kejadian kedua-dua mereka sedang menghalau kambing dari kandang ke ladang kelapa sawit sebelum ternampak seekor ular sawa dengan keadaan perut membesar seperti telah menelan seekor haiwan ternakan miliknya.

See also  Ngeri Video Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

“Ketika kejadian kami sangat terkejut dan percaya kambing jantan besar seberat 65 kilogram yang dijadikan sebagai baka bagi membiak ternakan telah ditelan ular sawa tersebut.

“Kami menemukan ular itu dalam keadaan melingkar berhampiran pagar dan perutnya membesar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Ali, teka-tekinya sebelum ini mengenai kehilangan lima ekor kambing bersaiz sederhana sejak awal tahun lalu turut terjawab apabila dipercayai ia turut ditelan ular sawa berkenaan.

“Bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana ular yang selama ini dipercayai telah menelan kambing-kambing saya akhirnya dapat ditangkap dengan bantuan pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

See also  Video ✓✓Gempar Babi hutan merayau di Persiaran Gurney

Sementara itu, Ketua Unit APM Masjid Tanah, Leftenan Shahrul Riza Saiful Bahri berkata, empat anggota APM yang diketuai Lans Koperal Rozianti Yaakob tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.56 pagi.

Beliau berkata, usaha menangkap ular berkenaan terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit ekoran reptilia itu menjadi agresif dan mencuba melarikan diri ke ladang kelapa sawit.

“Pasukan APM terpaksa berhempas-pulas menangkapnya ditambah pula dengan saiznya yang besar dan seberat lebih 130 kilogram.

See also  Awas!! Ada 180,000 ekor buaya di seluruh Sarawak"

“Ular tersebut akan diserahkan kepada Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh selepas dibenarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
8 Disember 2020, 6:35 pm
Video/gambar: APM/Media sosial#UtusanOnline
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ular sawa kenyang telan kambing 65 kilogram " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156769
Users Today : 610
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23424
Users Last 30 days : 78855
Users This Month : 50494
Users This Year : 156768
Total Users : 156769
Views Today : 1136
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35549
Views Last 30 days : 121486
Views This Month : 77687
Views This Year : 240077
Total views : 240078
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares