Padah Langgar SOP dalam Tempoh Kuarantin

Padah Berkeliaran & Berkumpul Di Kampung Dalam Tempoh Kuarantin 26/01/2021

 

BEAUFORT: Dua lelaki yang diarahkan menjalani tempoh kuarantin dikenakan kompaun selepas didapati ingkar terhadap arahan berkenaan, semalam.

 

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, individu pertama yang dikenakan kompaun membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun di Kampung Kelabu, di sini.

 

Katanya, manakala seorang lagi membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang tinggal di Kampung Rancangan Klias.

See also  PKP 2.0 : 4 lelaki melepak dikompaun RM1,000

 

“Sepasukan polis dari IPD Beaufort bergerak ke kediaman orang kena kuarantin berdasarkan maklumat orang awam berkenaan pelanggaran perintah kuarantin.

 

“Kedua-dua dilihat berkeliaran dengan pergi berkumpul di sekitar kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Azmir berkata, kompaun dikeluarkan terhadap mereka selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No.9 Tahun 2020.

 

Sehubungan itu, Azmir menasihati semua individu yang diarahkan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus tinggal di dalam rumah sehingga tempoh kuarantin selesai.

See also  Kulit bawang putih banyak khasiat tersembunyi

 

Katanya, PDRM melalui Team Penguatkuasa akan sentiasa memantau senarai-senarai nama individu yang diarahkan kuarantin oleh KKM dan akan membuat pemeriksaan mengejut sekiranya mendapat maklumat kesalahan melanggar perintah kuarantin yang diberikan.

 

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, fasa menasihati sudah tamat dan hanya tindakan kompaun akan terus dikenakan sekiranya didapati melanggar perintah kuarantin serta SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – AsiaTimes

See also  Khasiat air kelapa berjaya pulihkan Anjing liar diracun

#Sabah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Padah Langgar SOP dalam Tempoh Kuarantin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231723
Users Today : 164
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16363
Users Last 30 days : 62009
Users This Month : 41051
Users This Year : 231722
Total Users : 231723
Views Today : 253
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26366
Views Last 30 days : 98413
Views This Month : 66172
Views This Year : 358387
Total views : 358388
Who's Online : 12
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares