{VIDEO} Polis tahan 2 lelaki gaduh di luar restoran

Polis tahan 2 lelaki gaduh di luar restoran

 

 

 

Ipoh: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, satu laporan polis berkaitan kejadian terbabit diterima sebaik kejadian berlaku.

 

“Hasil siasatan dan tindakan lanjut, polis berjaya membuat tangkapan terhadap dua lelaki yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

 

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan berkaitan isu pembayaran makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

See also  Tiga individu ditahan susulan kekecohan di restoran

 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 

Dalam perkembangan berkaitan, A Asmadi berkata, polis juga mengesan seorang pemilik akaun Twitter bernama ‘v 3 3 r u @Veeruuuuuuuu’ yang tweet komen kononnya anggota polis berada di tempat kejadian dan tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan berkongsi satu video mengenai kejadian pergaduhan terbabit.

 

“Semakan mendapati bahawa individu yang dilihat berpakaian seragam warna gelap di dalam video itu bukanlah anggota polis dan sebenarnya adalah anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

See also  CCTV✓✓ Polis buru lelaki lakukan onani dalam kedai serbaneka

 

Beliau berkata, sehubungan dengan itu, satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengenainya untuk siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

“Oleh itu, polis ingin menasihatkan orang awam agar tidak mengeluarkan komen tidak benar dan tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

See also  Restoran Puteri milik Habsah Hassan dan Rubiah Suparman akhirnya ditutup

 

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 36 saat menunjukkan pergaduhan antara seorang penghantar makanan dengan seorang lelaki dipercayai peniaga makanan.

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Polis tahan 2 lelaki gaduh di luar restoran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124498
Users Today : 3921
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22170
Users Last 30 days : 69843
Users This Month : 18223
Users This Year : 124497
Total Users : 124498
Views Today : 5920
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33699
Views Last 30 days : 108403
Views This Month : 27812
Views This Year : 190202
Total views : 190203
Who's Online : 17
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares