[OPERASI MENYELAMATKAN SEEKOR BERUANG MATAHARI TERKENA JERAT BERHAMPIRAN LADANG KELAPA SAWIT DI KEDAH]
Jabatan PERHILITAN Daerah Sik, Kedah telah berjaya menyelamatkan seekor Beruang Matahari jantan yang telah terkena jerat di Ladang Sg. Tekai, Kedah pada 10 Julai 2021. Operasi melepaskan jerat pada kaki kiri hadapan beruang tersebut telah dijalankan di lokasi kejadian sebelum dipindahkan ke Pejabat PERHILITAN Daerah Sik untuk tujuan rawatan dan pemantauan susulan.


Keadaan Beruang Matahari tersebut pada masa kini di dalam keadaan stabil dan pihak Jabatan PERHILITAN akan sedaya upaya menyelamatkan beruang ini dan akan dilepaskan semula ke habitat asalnya setelah Beruang Matahari itu kembali sihat.
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan perkara ini.
#Jerat
#BeruangMatahari
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " OPERASI MENYELAMATKAN SEEKOR BERUANG MATAHARI TERKENA JERAT BERHAMPIRAN LADANG KELAPA SAWIT DI KEDAH " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.