Waris buntu jenazah ibu terbiar lebih lapan jam

Waris buntu jenazah ibu terbiar lebih lapan jam

 

PETALING JAYA – Waris kepada seorang wanita yang meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Jalan Klang Lama Batu 5, dekat sini buntu apabila jenazah ahli keluarga mereka masih belum dapat diuruskan sehingga malam ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai berkata, pasukannya tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak hospital perlu datang untuk mengesahkan kematian sebelum tindakan susulan boleh dilakukan.

 

“Mengikut prosedur kematian dirumah, petugas ambulans perlu datang untuk pengesahan kematian kemudian barulah tindakan susulan boleh dilakukan oleh pihak lain untuk pengurusan seterusnya.

See also  Amaran Ribut Petir Jabatan Meteorologi Malaysia

 

“Waris berkata sudah beberapa kali menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kematian ibunya namun belum mendapat jawapan yang pasti,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya malam ini.

 

Hantaran Wan Chai tular di media sosial dan dibanjiri lebih 600 komen dan dikongsi lebih 843 kali.

 

“Kementerian Kesihatan kena ambil jenazah bawa ke bilik mayat untuk ujian Covid-19 itu yang saya faham. Kalau ambulans tak datang ambil macam mana urusan hendak diselesaikan. kariah kampung pun tak berani dekat,” komen Dayang Ismail.

See also  Lelaki tampil minta maaf selepas curi beras ‘food bank’

 

“Zaman pendemik tidak sama dengan zaman sebelumnya. Apa-apapun perlu tunggu pengesahan dari pegawai perubahan baru la pihak lain boleh bantu uruskn jenazah,” balas Zurizan Shahbudin.

 

Sementara itu, rakan kepada anak arwah yang hanya ingin dikenali sebagai Latif ketika dihubungi Kosmo! berkata, setakat pukul 11.30 malam tadi, jenazah arwah masih berada di rumah.

“Kami sudah beberapa kali menghubungi talian 999 yang disambung kepada dua buah hospital dan tidak pasti perlu menunggu sampai bila. Arwah berumur 61 tahun dan mempunyai empat orang anak,” katanya. – K! ONLINE

See also  Kompaun RM10,000 kerana letak pelitup di dagu
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Waris buntu jenazah ibu terbiar lebih lapan jam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371904
Users Today : 519
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15216
Users Last 30 days : 64339
Users This Month : 60922
Users This Year : 371903
Total Users : 371904
Views Today : 774
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22800
Views Last 30 days : 99126
Views This Month : 93912
Views This Year : 572978
Total views : 572979
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares