DBKL TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP WARGA ASING

DBKL TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP WARGA ASING

 

Kuala Lumpur, 30 Julai 2021- DBKL pada 29 Julai 2021 meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing di sekitar Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dengan kekuatan 8 anggota, tindakan sita dan pindah halangan ke atas aktiviti peniagaan melibatkan warga negara asing (warga Indonesia) serta penggunaan pembantu gerai tanpa kebenaran sah telah dilaksanakan.

 

Menerusi pemantauan dan tindakan susulan terhadap peniaga yang beroperasi sekitar kawasan Jalan Raja Alang melibatkan penjaja makanan, minuman dan premis perniagaan, DBKL telah membuat tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing.

See also  Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan

2 buah premis dikenakan tindakan tutup (sealed) menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976, 3 aktiviti tanpa lesen dikompaun di bawah UUK 3(1), Undang- Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016 dan 2 notis kompaun pembantu premis tanpa kebenaran di bawah UUK 20(1)(b), undang-undang yang sama.

See also  CCTV Dua lelaki samun peniaga wanita tular

 

Tindakan sita telah dilakukan melibatkan lebih kurang 350 barangan makanan dan peralatan perniagaan seperti stall beroda, rokok seludup, bateri, rak peraga, tong biru, air mineral, kasut, selipar, makanan ringan dan lain-lain peralatan.

 

Kesemua barang sitaan telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

 

Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL.

 

Warga kota diminta untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada DBKL terus secara dalam talian ke adukl.dbkl.gov.my.

See also  Rakaman Peniaga pukul kepala pembeli kerana persoal harga minuman

 

#BenterasWargaAsing

#KembaliknHakNiagaRakyat

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " DBKL TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP WARGA ASING " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363612
Users Today : 231
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10507
Users Last 30 days : 65962
Users This Month : 52630
Users This Year : 363611
Total Users : 363612
Views Today : 301
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16227
Views Last 30 days : 101767
Views This Month : 81566
Views This Year : 560632
Total views : 560633
Who's Online : 6
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares