[VIDEO] Selongkar sampah cari emas RM70,000 `dibuang’

[VIDEO] Selongkar sampah cari emas RM70,000 `dibuang’

7 September 2021

SIK: Seorang wanita dan beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) menyelongkar sampah yang dikutip selepas sejumlah barangan kemas `terbuang’ bersama barang buangan tersebut di depoh syarikat itu di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ahli keluarga wanita itu dipercayai membuang bekas yang menyimpan barangan kemas bernilai kira-kira RM70,000 itu bersama sampah-sampah lain di rumahnya di sini semalam.

 

Satu sumber berkata, proses mencari barangan kemas itu bermula pada pukul 8 pagi dan ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian.

 

Kata sumber, kesemua barangan kemas tersebut masih tersimpan dalam bekas yang ditemui itu.

See also  {Video} Terjun ke laut kerana tidak dibenarkan menaiki feri adalah palsu

 

“Sebelum ke depoh itu, wanita berkenaan dikatakan pergi ke tapak pelupusan sampah di Kulim untuk mencari barangan kemas miliknya. Namun apabila mendapat tahu sampah-sampah itu belum sampai di Kulim, mereka pergi ke depoh di Sik.

 

“Mujur kawasan rumah keluarga itu menjadi lokasi terakhir kutipan sampah dilakukan semalam. Disebabkan itu tidak banyak sampah yang perlu dikeluarkan dan proses pencarian hanya mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

See also  Artifak kapal ditemui di Lipis terbabit perlombongan emas

 

Video ihsan media sosial

 

Kejadian itu ketika ini tular di media sosial dengan netizen menganggap keluarga berkenaan bernasib baik apabila menemukan semula barangan kemas milik mereka.

 

Menerusi video berdurasi 2 minit 50 saat, kelihatan seorang wanita lega dapat menemukan semula barang kemas itu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada petugas E-Idaman yang membantunya.

 

Sumber itu memaklumkan, wanita itu difahamkan menyedari ahli keluarganya tersilap membuang bekas simpanan barangan kemas itu semalam.

 

“Mereka sebelum itu cuba mencari di dalam tong sampah tempat barangan berharga itu dibuang namun telah dikutip oleh pekerja E-Idaman,” katanya.

See also  {Video}Pemandu lori tampar juruwang diberkas

 

Tambah sumber itu, pekerja terbabit kemudian memunggah semula sampah-sampah yang diselongkar itu untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah di Kulim.- UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Selongkar sampah cari emas RM70,000 `dibuang’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363641
Users Today : 260
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10536
Users Last 30 days : 65991
Users This Month : 52659
Users This Year : 363640
Total Users : 363641
Views Today : 339
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16265
Views Last 30 days : 101805
Views This Month : 81604
Views This Year : 560670
Total views : 560671
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares