Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan balk, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan Sambilan seperti yang diterangkan di bawah ini:-

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
08 MAC 2023
SYARAT UTAMA LANTIKAN
1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dani 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3) Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan : Pembantu Tadbir (kewangan)
Klasifikasi perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan:Pelaksana
Gred : W19
Bilangan Kekosongan: 1
SYARAT LANTIKAN BAGI JAWATAN:
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
ii) Sijil pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40) ; atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalann bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40) ; atau
iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80) ; atau
v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)
TARAF JAWATAN: Sambilan
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang dilantik mennasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dani semasa ke semasa.
PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
1. Permohonan hendaklah dibuat secara manual atau online dengan menghantar Resume, Borang Permohonan Jawatan (Seperti Di Lampiran) Dan Salinan Sijil-SiijI Kelulusan Yang Disahkan ke alamat seperti berikut
PENGARAH,
INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA KINABALU, NO. 3 (LOT 5), MALAWA ZONE, JALAN 2 KKIP SELATAN 2, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK, 88460 KOTA KINABALU, SABAH.
Tel. Pejabat : 088-490 697! 088-498 197 Alamat emel : ikmkk@mara.gov.my
2. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijiI kelulusan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.
3. Salinan kad pengenalan dan surat beranak wajib disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
4. Hanya permohonan yang dihantar ke alamat / online melalui alamat emel seperti di atas sahaja yang diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
5. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Majlis Amanah Rakyat IKLAN JAWATAN KOSONG " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.