Nampak api kilat terkena arwah

Nampak api kilat terkena arwah

Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi
17 Disember 2020.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar Hiasan

 

Bagan Serai: “Aku lewat sikit, patah balik sat ambil handset tertinggal, mana tau jadi apa-apa kat aku nanti.” Demikian kata-kata Allahyarham Mohd Isa Abdul Rani, 50, kepada rakannya, Hairul Hafizi Ismail, 44.

 

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, Mohd Isa maut dipanah petir ketika melakukan kerja memotong rumput di Kebun Durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kedah.

 

Hairul Hafizi berkata, sebelum mereka mula bekerja, Allahyarham menghubunginya memberitahu dia lewat sedikit kerana terpaksa berpatah balik ke rumah di Taman Serai Permai kerana tertinggal telefon bimbit.

See also  Rembat Parkir OKU tanpa rasa belas kasihan

 

“Saya tak sangka pesanan sesuatu akan terjadi ke atas dirinya itu petanda dia meninggalkan kami,” katanya ditemui di Parit Abu Hassan, malam tadi.

 

Menurutnya, dalam kejadian itu, dia bersama Allahyarham dan dua lagi rakan berhenti memotong rumput kerana hujan lebat.

 

“Arwah bersendirian berteduh manakala kami bertiga berada di pondok berdekatan dengan jarak hanya tiga meter. Tiba-tiba kilat menyambar pokok durian di kawasan arwah berteduh dan percikan api kilat terkena pada arwah yang sedang berbaring.

 

“Melihat arwah tidak bergerak, kami memanggil namanya berkali-kali namun tiada tindak balas. Sebaik dihampiri, kami melihat arwah dalam keadaan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri,” katanya.

See also  Polis buru pemandu kereta rempuh khemah SJR

 

Menurutnya, mereka segera menghubungi penyelia memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota polis dan bomba tiba di lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Bagaimanapun kami difahamkan arwah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

 

Sementara itu, anak sulung mangsa, Nurul Natasha, 20, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh rakan bapanya melalui panggilan telefon.

 

“Pemergian ayah amat dirasai kerana ayah tidak sempat melihat saya menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, tahun ini.

“Adik Muhammad Amirul Aiman, 18, juga dapat menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Pulau Pinang pada Januari depan,” katanya.

See also  Kudrat ibu tua jaga anak terlantar 21 tahun

 

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ridzuan, Alor Pongsu pada jam 10 pagi ini.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nampak api kilat terkena arwah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149905
Users Today : 1512
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22407
Users Last 30 days : 79627
Users This Month : 43630
Users This Year : 149904
Total Users : 149905
Views Today : 2088
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33753
Views Last 30 days : 121913
Views This Month : 66504
Views This Year : 228894
Total views : 228895
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares