Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh

Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh

 

LAWAS: Akibat kerap menganggu isteri orang termasuk mengajak bersetubuh seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh rakan senegaranya sebelum mayatnya dijumpai terapung dalam parit ladang sawit, berhampiran Kampung Siang Siang Laut, pada Rabu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mayat mangsa Imran, awal 40-an, ditemui terapung oleh orang ramai dalam keadaan tidak berbaju, berseluar jeans hitam, dan dibaluti dengan kanvas berwarna biru dan jingga sekitar jam 9.30 pagi, lalu menghubungi polis.

 

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, hasil pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederan pada atas kepala mangsa dan beberapa kesan tetakan di bahagian kepala, bahagian belakang badan dan lutut kiri mangsa.

See also  Rakaman Individu bertengkar dalam video tular buat laporan polis

 

“Hasil siasatan lanjut kita berjaya menahan seorang suspek berbangsa Bugis berumur 32 tahun berasal dari Indonesia pada jam 12.10 tengah hari di sebuah kuarters Ladang Trusan, di kawasan Sundar pada Rabu.

 

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku telah bergaduh dengan mangsa pada Isnin berpunca daripada mangsa selalu mengganggu isterinya termasuk mengajak isterinya bersetubuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan

 

Roslan berkata suspek mengaku bertindak sendirian, dengan bersenjatakan tombak sawit untuk mencederakan dan menikam mangsa sehingga mati lalu membalut mayat mangsa menggunakan kanvas.

 

“Suspek juga mengaku memikul mayat mangsa seorang diri untuk dibuang di lokasi penemuan mayat dan lokasi sebenar pergaduhan sedang diteliti,” dedahnya.

 

Katanya lagi suspek datang ke Malaysia sejak enam bulan lepas melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas, membawa bersama dua anaknya berumur dua dan enam tahun serta isterinya pada waktu malam.

 

“Pemeriksan radius 100 meter telah dibuat untuk mencari pergelangan tangan mangsa dan senjata yang digunakan oleh suspek namun tidak dijumpai,” katanya.

See also  Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN

 

Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377933
Users Today : 1528
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16072
Users Last 30 days : 61323
Users This Month : 4937
Users This Year : 377932
Total Users : 377933
Views Today : 2043
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23920
Views Last 30 days : 94172
Views This Month : 7208
Views This Year : 581902
Total views : 581903
Who's Online : 17
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares