TMJ-Biar saya uruskan skuad kebangsaan

Biar saya uruskan skuad kebangsaan

Kuala Lumpur: Prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini cukup membimbangkan.

 

Antara yang meluahkan rasa itu adalah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bimbang dengan kemerosotan pasukan negara.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lantas, Tunku Ismail meminta izin dan menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

 

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

 

“Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat,” katanya di laman Story Instagram miliknya hari ini.

See also  Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar adalah yang pertama di Tanah Melayu

 

Tawaran Tunku Ismail itu susulan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini.

 

Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

 

Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi kelayakan apabila tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 1-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu.

 

Ujar Tunku Ismail lagi, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kemerosotan mendadak pasukan meskipun skuad kali ini dilabel antara yang terbaik ekoran kehadiran tiga tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh.

See also  ERL gantung semua perkhidmatan mulai 3 Jun 2021

 

Malah, kekuatan skuad Harimau Malaya di atas kertas semakin ampuh apabila pertahanan kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools diumumkan sebagai pemain ke-26 pasukan.

 

Katanya, beliau akan melakukan perkara sama yang dilaksanakan di JDT sekiranya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan negara.

 

“Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan.

 

“Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial,” kata bekas Presiden FAM itu.

 

Ujarnya lagi, beliau juga akan memastikan kriteria pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan bagi membolehkan mereka yang terbaik sahaja menyarung jersi Malaysia.

See also  Jiwa patriotik pudar jahanamkan maruah bolasepak negara

 

“Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah.

 

“Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita”.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " TMJ-Biar saya uruskan skuad kebangsaan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376141
Users Today : 1675
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16241
Users Last 30 days : 61630
Users This Month : 3145
Users This Year : 376140
Total Users : 376141
Views Today : 2494
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24495
Views Last 30 days : 95124
Views This Month : 4771
Views This Year : 579465
Total views : 579466
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares