Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19

Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19

 

 

Kuala Langat: Polis mengesahkan lelaki yang ditemukan terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Pekan Tanjung Sepat di sini, Rabu lalu, meninggal dunia akibat Covid-19.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada 5 petang hari kejadian.

See also  Covid-19 11 Ogos 2021: Jumlah jangkitan baru 20,780, Kematian 211

 

“Anggota kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian dan sebaik pasukan itu tiba, pemeriksaan mengesahkan lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk prosedur lanjut, sebelum mengesahkan kematian akibat Covid-19.

See also  Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

Terdahulu, video berdurasi 19 saat tular di laman sosial menunjukkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan yang terbaring di tepi jalan.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149925
Users Today : 1532
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22427
Users Last 30 days : 79647
Users This Month : 43650
Users This Year : 149924
Total Users : 149925
Views Today : 2114
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33779
Views Last 30 days : 121939
Views This Month : 66530
Views This Year : 228920
Total views : 228921
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares