Rambut antara organ luar badan yang sering terdedah dengan pelbagai kerosakan.

Kesannya rambut akan kusam dan lama kelamaan bertukar menjadi uban. Pelbagai rawatan rambut menggunakan bahan sintetik selain kos mahal juga tidak baik untuk kesihatan kulit.

Rambut putih ialah cara badan memberitahu anda beberapa perkara penting iaitu

1. Badan mengalami stres, kerunsingan, sakit hati, dendam dan dengki yang kuat.

2. Paras vitamin D,E dan galian tembaga rendah..

3. Penggunaan pencuci rambut dan pewarna sintetik

4. Masalah Genetik

Beberapa Cara mengembalikan kesegaran dan kesihatan rambut menggunakan bahan semulajadi
berikut:

  • 1) Kacang dan bijirin- terutamanya badam, gajus dan habbatus Sauda – mengandungi sumber tembaga yang sangat diperlukan oleh rambut. Kisar halus campur dengan minyak kelapa dan sapu pada permukaan rambut. Biarkan selama 1 jam sebelum bilas.
  • 2) Sajian sup Cendawan membekalkan tembaga dalam peredaran darah dan membantu memulihkan rambut bermasalah.
  • 3) Tiram, kerang dan makanan laut mengandungi galian tembaga yang tinggi. Kerang rendah kalori ini juga tinggi dengan zink, selenium dan vitamin B12 yang penting untuk rambut.
  • 4) Hati adalah daging yang sangat tinggi tembaga bagus untuk pemulihan rambut.
  • 5) Halba dan biji habbatus Sauda sebanyak 2 sudu teh dikisar hingga menjadi serbuk, campur dengan minyak kelapa atau minyak caster. Kemudian lumur pada kepala terutama akar rambut dan biarkan selama 1 jam sebelum dibilas.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Cara rawat rambut uban kembali hitam " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares