Sampel kad tauliah

Tauliah ialah syarat utama untuk para asatizah mengadakan sesi kuliah agama disemua negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Sebagaimana profesion Peguam, jurutera, arkitek, doktor,ahli farmasi, akauntan, jurukur bahan dan jurukur tanah semuanya diwajibkan lulus pentauliahan oleh badan berkuasa.

Syarat ini untuk memastikan individu berkenaan disahkan memiliki kompetensi bersesuaian dalam bidang masing-masing.

Demi menjaga integriti pengajaran supaya sentiasa diatas disiplin agama dan tidak menyeleweng, pihak berkuasa agama setiap negeri mensyaratkan tauliah keatas guru agama mengajar disurau dan masjid.

Menyeleweng urusan agama mengundang kesesatan akidah umat.

Hendaklah diberi peringatan bahawa islam ialah agama nasihat kemuliaan dan rahmah.

Islam sama sekali menolak elemen keras kepala menentang syarat pihak berkuasa.

Menjadi guru agama bernama besar bukan tiket untuk langgar peraturan sesuka hati.

Urusan agama Islam adalah tertakluk dibawah bidang kuasa Sultan dinegeri berkenaan.

Agensi yang bertanggungjawabkan ialah Jabatan agama Islam negeri.

Tiada pengecualian syarat tauliah walaupun melibatkan asatizah bernama besar dan terkenal.

Tauliah ialah instrumen untuk menjamin pengajaran yang harmoni, tidak mencetuskan kelompok ekstrem dan menjauhi elemen ketaksuban

Sikap sombong tidak mahu memohon tauliah merupakan antara demontrasi benih kelompok ektremis yang gemar langgar peraturan.

(Visited 1,911 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kenapa keras kepala mengajar agama tanpa tauliah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares